Majlis Townhall & Penghargaan Buat
Encik Elmie Fairul bin Mashuri

Posted on 30 June 2025



   Kuala Lumpur, 30 Jun 2025 – Seluruh warga GSPARX telah berhimpun dalam satu sesi Townhall yang penuh bermakna bagi mendengar perkembangan terkini syarikat yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan GSPARX, Encik Elmie Fairul bin Mashuri, serta Ketua-Ketua Jabatan.


   Majlis ini turut menjadi detik bersejarah apabila ia menandakan hari terakhir Encik Elmie Fairul menerajui GSPARX Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan. Beliau akan memulakan peranan baharu sebagai Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd bermula 1 Julai 2025.


   Sepanjang sesi tersebut, Encik Elmie telah berkongsi pencapaian syarikat, cabaran semasa dan aspirasi masa depan, di samping menyampaikan amanat yang memberi inspirasi kepada seluruh warga GSPARX. Ketua-Ketua Jabatan turut mengambil peluang untuk menyampaikan pembentangan serta mesej penghargaan kepada beliau.


   Warga GSPARX mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Encik Elmie sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga segala nasihat dan semangat yang ditinggalkan terus membakar semangat pasukan dalam mengorak langkah ke hadapan.


   Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Elmie dalam peranan baharu beliau. Didoakan agar Tenaga Nasional Berhad dan anak-anak syarikat terus unggul menerajui industri tenaga boleh baharu di Malaysia.


En_Elmie_01 En_Elmie_02 En_Elmie_03 En_Elmie_04

Latest News

View All News

Events & Promotions

View All Events